Animated Spinning Kunai - Naruto

Follow Me

Selamat Datang n Welcome :)





Theme: Japanese Style

-Yoroshiku Onegai Shimasu-








Friday 4 April 2014

Wujudkah Musim Bunga di Malaysia??

Haritu kita dikejutkan dengan penurunan suhu di Malaysia. Waktu pagi tu memang sejuk yang amat, tambah tambah dekat kawasan tempat tinggal dan sekolah aku, Jitra. Tapi seronok sebab udaranya dingin ja, tak panas sangat.. Masa aku pergi kem kepimpinan pengawas dekat Yan, kami kena bangun pukul 4 pagi setiap hari sebab nak buat persiapan untuk solat subuh. MasyaAllah, menggigil badan aku, gigi pon bergetar.. Nak kata sejuk tu, tak sangat cuma, entah la suhu dia tu dingin semacam, tapi tak berangin.



Berbalik semula kepada keadaan di sekolah, masa aku dan kawan kawan nak pergi ke makmal fizik, kami kena lalu kawasan belakang kelas.. Lepas tu masa jalan on the way ke makmal, angin tiba tiba bertiup.. Kemudiannya aku berangan yang aku ada kat Cameron Highlands.. Hahaha tapi itu semua hanyalah mimpi di tengah hari..padahal aku masih lagi berada di tepi reban ayam Smk Jitra .. Eh silap, reban puyuh..



Baiklah, sekarang sudah masuk bulan April. Seperti yang kita sudah sedia maklum, 23 Mac merupakan musim bunga. Jadi, sekarang ni tengah musim bungalah kat kawasan hemisfera utara.. Kalau kat Malaysia, tak da la empat musim macam negara luar kan.. Cuma haritu aku baca surat khabar, aku dapat tahu yang dekat Perak ,depa tanam pokok di sepanjang jalan dan sekarang ni musim pokok tu berbunga.. Cantik sangat kawasan tu. Pastu semalam pulak aku pergi airport dekat Alor setar, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.. Dekat lapangan terbang tu aku ada nampak sawah padi yang sangat cantik, dan ada juga pokok bunga yang sangat indah.. Aku juga nampak ada pasangan turun daripada kereta semata mata nak bergambar kat pokok bunga tu.. Kelopak bunga berguguran bagaikan bunga Sakura di Jepun.. Tanpa membuang masa aku pon mengeluarkan telefon bimbitku lalu mengambil beberapa keping gambar permandangan tersebut sebagai kenang kenangan..


Pada masa yang sama aku berasa pelik, adakah Malaysia juga mengalami musim bunga? Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment