Animated Spinning Kunai - Naruto

Follow Me

Selamat Datang n Welcome :)





Theme: Japanese Style

-Yoroshiku Onegai Shimasu-








Wednesday 31 December 2014

Geramnye

Aku geram la dengan adik lelaki aku tu umur baru 8 tahun tapi kuat daripada aku.. Setiap hari aku kena buli dengan dia. Dia tu tak pernah rasa kesian kat aku ke. Kalau aku marah pun buat penat ja sebab dia bukannya takut pun. Bila dia pukul aku rase sakit kut nasib baik adik perempuan aku mai tolong. Kak ngah aku tu kuat sikit dari aku jadi kalau adik lelaki aku buli aku mesti kak ngah akan pukul dia balik sebab kalau aku pukul orang memang takkan rasa sakit hahaha sayang kak ngah. Mak aku pulak asyik marah je sebab aku ni lembik -_- Tengoklah lepas spm nanti aku nak pi belajar taekwondo biar padan muke adikwan tak boleh buli aku dah.. Tapi sebenarnya aku sayang kat die harap2 perangai dia berubah bila dia dah besar nanti. Tamat. Assalamualaikum..... ^_^

Sunday 28 December 2014

10 sebab kenapa adik aku cakap aku ni tak betul

aku ada seorang adik nama dia kak ngah dia suka kate kat aku macam2....
lepas tu dia buat senarai pasal kenapa dia cakap aku ni tak berapa betul -_-
ok ni aku akan bagitau ape yang dia cakap tapi korang jangan percaya tau


  1. kak long suka main ps2 banyak sampai tv rosak
  2. suka cakap dengan budak2 kecik
  3. suka cakap dengan kucing sorang2 walaupun kucing tu tak balas ape pun
  4. suka belai rambut adik (syafiq) 
  5. gelak sorang2 sambil tengok sebuah benda yang berwarna hitam (telefon aku)
  6. tak baca bismillah masa baca komik
  7. berlari sambil pakai telekung (-_- aku tak ingat ape pun pasal ni)
  8. suka susun pensel warna
  9. selalu mengira duit syiling dan duit arab
  10. kadang2 main dengan tikus yang kena perangkap dengan ayah
-_- betul ke aku ade buat semua benda kat atas ni.. tak ingat pun.. tapi disebabkan adik aku yang cakap jadi aku pun tak tau nak percaya ke tak


rahsia

Dah lame aku teringin nak pergi genting highland tapi ayah aku tak bagi sebab tu tempat orang main judi ..lepas tu aku pun mintak nak pergi cameron highland tapi beliau tak bagi jugak jadi aku pun berangan je la.

aku berangan pi cameron highland
rupa rupanya duk tepi reban ayam eh tersilap reban puyuh.. Kat kodiang pulak tu

Takpela aku redo je la.. Dan harap2 aku dapat pi cameron highland dan tingkat paling atas klcc dengan sorang budak yang aku suke tu..amin.. nama dia dirahsiakan yang pasti dia lelaki -_-

Ok jumpa lagi bye assalamualaikum

Saturday 27 December 2014

tak tau nak buh tajuk ape

ye tahun 2014 ni banyak betul masalah
ade sorang budak ni
hehehehe
dia suka tolong aku download game
aku pon berasa cinta pada si dia
hehehe
aku tak boleh hidup tanpa dia
malam2 aku gelisah
dan bersedih
kalau aku sedih mesti aku akan makan samprit
ye sampai bile aku akan ingat kau
hanya kita berdua aku liyana dan kau *****

Friday 4 April 2014

Wujudkah Musim Bunga di Malaysia??

Haritu kita dikejutkan dengan penurunan suhu di Malaysia. Waktu pagi tu memang sejuk yang amat, tambah tambah dekat kawasan tempat tinggal dan sekolah aku, Jitra. Tapi seronok sebab udaranya dingin ja, tak panas sangat.. Masa aku pergi kem kepimpinan pengawas dekat Yan, kami kena bangun pukul 4 pagi setiap hari sebab nak buat persiapan untuk solat subuh. MasyaAllah, menggigil badan aku, gigi pon bergetar.. Nak kata sejuk tu, tak sangat cuma, entah la suhu dia tu dingin semacam, tapi tak berangin.



Berbalik semula kepada keadaan di sekolah, masa aku dan kawan kawan nak pergi ke makmal fizik, kami kena lalu kawasan belakang kelas.. Lepas tu masa jalan on the way ke makmal, angin tiba tiba bertiup.. Kemudiannya aku berangan yang aku ada kat Cameron Highlands.. Hahaha tapi itu semua hanyalah mimpi di tengah hari..padahal aku masih lagi berada di tepi reban ayam Smk Jitra .. Eh silap, reban puyuh..



Baiklah, sekarang sudah masuk bulan April. Seperti yang kita sudah sedia maklum, 23 Mac merupakan musim bunga. Jadi, sekarang ni tengah musim bungalah kat kawasan hemisfera utara.. Kalau kat Malaysia, tak da la empat musim macam negara luar kan.. Cuma haritu aku baca surat khabar, aku dapat tahu yang dekat Perak ,depa tanam pokok di sepanjang jalan dan sekarang ni musim pokok tu berbunga.. Cantik sangat kawasan tu. Pastu semalam pulak aku pergi airport dekat Alor setar, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.. Dekat lapangan terbang tu aku ada nampak sawah padi yang sangat cantik, dan ada juga pokok bunga yang sangat indah.. Aku juga nampak ada pasangan turun daripada kereta semata mata nak bergambar kat pokok bunga tu.. Kelopak bunga berguguran bagaikan bunga Sakura di Jepun.. Tanpa membuang masa aku pon mengeluarkan telefon bimbitku lalu mengambil beberapa keping gambar permandangan tersebut sebagai kenang kenangan..


Pada masa yang sama aku berasa pelik, adakah Malaysia juga mengalami musim bunga? Sekian, terima kasih

Wednesday 25 December 2013

Hari Yang Memenatkan

Assalamualaikum...~

aku bosan sbb tu la aku tulis blog harini..
pagi tadi aku online pstu pi kedai makan pstu pi kedai cuci gambar pstu pi kedai beli kasut,,,


pastu..aku pon...

balik rumah.. pstu lipat baju..pstu masak..pstu solat..pstu makan..

aku masakkan telur goreng untuk adik aku...
tiba-tiba..satu kejadian yg x diingini berlaku di dapur rumah aku...

ada benda pecah...
aku x sengaja pecahkan benda itu...
benda itu ialah...
be..kas...lada..hitam..yang..mak..aku..punya

nasib baik adik aku tolong sapu dan kemaskan..
ingatkan benda tu ja yg berlaku kat aku harini...
rupanya tidak...
ada lagi...

aku rasa nk demam dan lapar walaupun dh makan..
aku terjumpa bahulu kat atas meja makan..
aku pon makan..
pstu aku rasa pelik ja ..awat mcm pahit+pedas ja bahulu ni..aku ingatkan bahulu rasa dia manis...

dan..aku mcm kenai rasa tu..
rasa tu ialah...
rasa...semut...
what the fox...patutla rasa mcm ________ ja (isi sendiri)
padah lupa baca doa makan...padan muka aku (kata kt diri sendiri )

aku pun pi sink pstu kumur banyak2...

eee...nasib baik x telan...
so harini aku belajar sesuatu...
kita kena baca bismillah sebelum buat apa2...
termasuklah sebelum masak dan makan...


that's all for today...see ya..~

Friday 30 August 2013

I ScArEd Of Exams!!

Last night, I dreamed  that I'm taking the PMR examination. Guess what, I can't answer any questions! It was a nightmare for me T_T


Just one more month left, and next Sunday was pre-PMR exam for me. I was really worry. I only made a few preparations. I only revise 6 chapters for History, 3 chapters for life skills, and a few exercise for Bahasa Malaysia..
 I still have to finished 4 essays for Bahasa Malaysia.. hurmmmm  eh.. jgn mengeluh!!
By The Way..

hari ini ialah hari kemerdekaan yg ke 56 utk Malaysia! Selamat Hari Merdeka!

I saw this when opening the google page

THATS ALL FOR NOW. SAYONARA!
P/S: someone..please help me pass the CANDY CRUSH SAGA on level 70!! SOS (T_T)

Saturday 30 July 2011

ブログ?

ブログ重要です本当に私にはわからない..面白いですよね?クスクス私は奈良シカマル日向ネジサスケサスケサソリが大好きです..などなど...さようなら..ナルトいいてください